Pengenalan
Kelahiran
fahaman tentang sekularisme telah mendahului fahaman konsep demokrasi dan juga
existesialism (wujudiah) dan boleh dikatakan mengiringi pertumbuhan kapitalisme
dalam masyarakat. Sekularisme diambil daripada perkataan sekular (dunia) yang
memberi makna suatu sistem, prinsip-prinsip dan penerapan-penerapan yang
menolak segala bentuk keimanan dan ibadat keagamaan.
Menurut
Kamus New World oleh Webster, sekularisme bermaksud semangat keduniaan atau
semangat keduniaan. Secara langsung, adalah sama seperti suatu sistem daripada
prinsip dan praktik yang menolak apa-apa bentuk iman dan ibadah. Manakala
menurut Ensiklopedia Oxford, sekularisme diterjemah sebagai keduniaan atau
materialis, bukannya keagamaan atau spiritual seperti pendidikan yang tidak
bersifat agama, seni atau muzik tanpa agama, pemerintah tanpa agama dan
sebagainya yang tidak berkait dengan keagamaan.
Berdasarkan
pengertian ini, ternyata sekularisme memisahkan agama daripada negara dan
membataskan ruang ingkup agama di tempat ibadah semata-mata. Pengertian
sekularisme tidak pernah dikenali dalam warisan Islam. Pembahagian urusan
kehidupan kepada perkara agama dan bukan agama merupakan pembahagian bukan
Islam. Ini merupakan sistem yang diambil oleh Kristian Barat.
Penerapan
nilai-nilai materialistik juga adalah antara cara pemimpin Barat mengekalkan
kuasa mereka terhadap negara-negara Islam dan Asia . Tamadun Barat yang bersifat kebendaan
dan meminggirkan pembangunan aspek spitual ini telah mengundang pelbagai krisis
berkaitan isu keagamaan dan masalah sosial yang sangat kritikal. Ekoran itu
tidak hairanlah masyarakat Islam dan Asia dilanda masalah tentang budaya
kebendaan Barat.
Sekularisme
misalnya, manusia yang menganut fahaman ini berusaha menikmati kehidupan dan
kemajuan tanpa campur tangan Tuhan bahkan menganggap Tuhan tidak diperlukan
dalam kehidupan. Fahaman sekularisme menganggap agama sebagai sesuatu yang
asing dan Tuhan dilihat sebagai penghalang. Manakala autonomi manusia diberi
keutamaan bahkan menganggap segala permasalahan manusia dapat diatasi dengan
ilmu pengetahuan dan teknologi.
Tun
Salleh Abas telah menyebut bahawa Islam telah rnenjadi agama orang-orang Melayu
sejak 500 tahun dahulu. Pada awalnya Islam dibawa oleh pedagang-pedagang Arab
ke India dan dan India Islam telah disebarkan ke Tanah Melayu pada abad ke-15. Sejak dan itu orang-orang Melayu telah diislamkan.
Orang-orang Melayu telah berjuang dalam banyak peperangan menentang kuasa-kuasa
penjajah, Portugis dan Belanda deini melindungi tanah air mereka di samping
mempertahankan agama Islam. Manakala kuasa-kuasa penjajah tersebut selain ingin
mengukuhkan kedudukan perdagangan mereka, cita-cita utama mereka ialah untuk
menyebarkan agama Kristian di kalangan orang-orang Melayu.
Era
penjajahan membawa bersamanya sekularisme disertai dengan imperialisme dan
kebudayaan Barat. Proses sekularisme di Tanah Melayu di Tanah Melayu bermula
pada tahun 1824 apabila termeterainya perjanjian Inggeris-Belanda dan
perjanjian Pangkor 1874 antara Inggeris dan raja-raja Melayu. Perjanjian ini
telah membataskan bidang tugas raja-raja Melayu yang hanya bertanggungjawab
dalam urusan keagamaan dan adat istiadat Melayu manakala hal-hal berkaitan
dengan pentadbiran, cukai, keselamatan dan keamanan negara diletakkan di bawah
bidang kuasa asing.
Antara
tahun 1876 hingga tahun 1957, pelbagai sistem sekular diperkenalkan di Tanah
Melayu merangkumi bidang undang-undang dan pendidikan. Perundangan Islam
lama-kelamaan dipinggirkan dan digantikan oleh perundangan British. Kemerdekaan
Tanah Melayu pada tanggal 31 Ogos 1957 sekadar menyaksikan kemerdekaan negara
dari segi nama sedangkan kesan yang ditinggalkan oleh penjajah dari segi aspek
jasmani, mental dan spitual rakyat sukar dilupai.
Dampak
dunia Barat moden terhadap masyarakat Islam dan Asia yang sangat mendalam
sehingga menghilangkan identiti orang Islam atau Asia pada peringkat individu
atau jati diri tamadun dan budaya pada peringkat kolektif. Suasana dnia kini
menunjukkan pendominasian yang hampir secara total oleh Barat ke atas negara-negara
yang sedang membangun atau kurang canggih. Akibatnya suasana dunia akan terus
dimanipulasikan oleh kehendak negera-negara Barat yang utama .
Definisi Sekularisme
Apakah
yang Sekularisme? Ia diterima secara meluas bahawa sekularisme menyokong
pemisahan politik daripada agama.
Ia mengikuti bahawa teori yang mencukupi sekularisme mesti menjawab
sekurang-kurangnya tiga soalan: Pertama, adakah mungkin untuk memisahkan
agama dan politik? Kedua, mengapa perlu agama dipisahkan daripada politik?
Apa membenarkan pemisahan agama
dan politik. Ketiga, bagaimana, selepas pemisahan, mesti kedua-dua berkaitan
dengan setiap yang
lain? Apakah jenis pemisahan ia mesti? Struktur konsep teori yang dibina
sekitar jawapan kepada
soalan-soalan ini dan oleh itu berdiri atau jatuh dengannya.Soalan pertama yang
boleh dengan cepat dilupuskan. Saya bersetuju bahawa dalam budaya sub-benua,
adalah sukar
untuk menguraikan agama dari bukan agama dan, dengan itu, boleh dikatakan
mustahil untuk ketat memisahkan
setiap agama dari setiap amalan bukan agama.
Jika sekularisme bermaksud
pemisahan am 3 amalan agama dan bukan
agama, maka, sekurang-kurangnya di India, ia akan menjadi tidak
starter-politik. Tetapi daripada
menyokong tesis tidak dapat dipertahankan dari pemisahan semua amalan agama dan
bukan agama, ia tidak mustahil untuk
berhujah bukan untuk pemisahan beberapa institusi agama dan bukan agama.
Sebagai contoh, permintaan
yang kawasan pilihan raya tidak dikelaskan bersama-sama alasan agama tidak
melibatkan setiap kepercayaan
agama tunggal yang akan dikeluarkan daripada amalan politik.Holyoake, George
Jacob. 1871.
(Secularism
is a series of principles intended for the guidance of those who find Thelogy
indefinite, or inadequate, or deem unreliable). Sekularisme adalah sebuah
prinsip bimbangan bagi seseorang yang menemukan definisi Teologi yang tidak
pasti, atau tidak memadai,atau dianggap tidak dipercayai.
Faktor berlakunya
sekularisme dalam masyarakat Malaysia
Penularan
budaya sekularisme dalam masyarakat terdapat beberapa saluran utama, iaitu
melalui bidang undang-undang, pendidikan, dan media massa. Penerapan fahaman
sekularisme di dalam sistem pentadbiran undang-undang Islam. Walaupun di dalam
perjanjian dengan Raja-Raja Melayu pihak British menetapkan bahawa soal agama
dan adat resam diserahkan kepada kuasa raja-raja Melayu, tetapi perkembangan
yang berlaku adalah sebaliknya. Ini kerana mereka bukan setakat telah
menyempitkan ruang lingkup undang-undang Islam dengan undang-undang Barat yang
mengantikannya,bahkan
turut menetapkan bagaimana soal pentadbiran hal ehwal agama Islam harus
dijalankan.
Apa yang lebih penting lagi, dengan dasar dan pemahaman sekular, pihak British
telah memberikan gambaran bahawa undang-undang Islam adalah sebagai undang-undang
agama yang harus dikhususkan kepada hal-hal agama sahaja, kerana ianya tidak
dapat melayani keperluan semasa. Sebaliknya segala keperluan semasa yang
merangkumi soal undang-undang negara dan cara pentadbirannya harus mengikut
stail dan cara British.
Selain tu,
pengenalan sistem pendidikan British di Tanah Melayu secara langsung telah
menyebabkan sistem pengajian Pondok merosot.
Ini kerana kebanyakan ibubapa Melayu telah bertindak menghantar anak-anak
mereka ke sekolah Inggeris dan bukannya ke sekolah Pondok, dengan harapan agar
anak-anak mereka akan diterima masuk ke dalam jentera perkhidmatan British
(Malay Administrative Service). Lagipun, kelulusan dan surat akuan lepasan
pondok tidak diterima oleh pihak British untuk melayakkan mereka menceburi perkhidmatan
ini.
Oleh sebab itu, perkembangan ini menyebabkan dulunya masyarakat Melayu yang
dapat berpeluang mempelajari Islam, tetapi dengan dasar British ini menyebabkan
mereka lebih menumpukan perhatian kepada pendidikan British yang kononnya lebih
mempunyai ‘commercial value’. Kebanyakan ibubapa sendiri telah dilanda krisis
buta dan jahil agama. Fenomena kejahilan terhadap agama ini menyebabkan
segelintir ibubapa telah hilang petunjuk, meskipun mereka terpelajar dan
berjawatan tinggi, lalu tidak hairan atas alasan "sporting" ada
sesetengah ibubapa sanggup membiarkan krisis moral ini terus berlaku di
kalangan anak remaja mereka.
Tambahan pula,
penularan budaya sekularisme melalui media massa. Persekitaran yang dialami
oleh remaja yang begitu mencabar dan penuh dengan kefasikan, lebih-lebih lagi
yang membabitkan media massa dan industri hiburan popular. Justeru itu dapat
dilihat wujudnya dualisme dari segi nilainilai hidup di dalam masyarakat
Malaysia iaitu pertentangan di antara nilai-nilai baik yang diajar di sekolah
dengan nilai-nilai sekular dan budaya hawa nafsu (sensate cul ture)
yang berkembang pesat di dalam masyarakat melalui media massa. Akibatnya
golongan remaja yang belum mempunyai kematangan berfikir akan bertindak untuk
menerima pakai segala nilai-nilai sekular ini kerana ianya ternyata lebih
sesuai dengan hawa nafsu manusia. Cara yang terbaik untuk menangani masalah ini
adalah pihak kerajaan patut memberikan penekanan yang cukup hebat kepada semua
jenis media massa agar selain dari mementingkan nilai-nilai komersial,
soal-soal menanamkan nilai-nilai murni berteraskan fahaman keagamaan di dalam
masyarakat patut turut sama ditekankan.
Di samping itu,
kebudayaan Barat yang dibawa masuk adalah secara langsung terpengaruh dengan
fahaman sekularisme yang mementingkan aspek-aspek materialistik semata-mata.
Tamadun Barat pada dasamya adalah tamadun yang mendakyahkan bahawa manusia
boleh mencapai kemajuan di dalam kehidupan melalui penggunaan akal fikiran
manusia semata-mata tanpa dicampuri oleh kuasa ketuhanan.
Hal ini dijelaskan oleh Arnold Toynbee dengan katanya: ‘Peradaban sekular Barat
sesudah masihi (post-Criastian) dapat dipandang sebagai ulangan yang paling
baik daripada peradaban Yunani-Rumawi sebelum masihi, tetapi juga merupakan
kemunduran kerohanian yang paling jelek'
Begitu juga asas utama kepada tamadun kemajuan Barat iaitu sains dan teknologi
telah berlangsung dalam keadaan penentangan dan penolakan terhadap agama dan
tuhan.
Jadi, di atas landasan hidup yang bersifat materialistik ini masyarakat Barat
dalam zaman modennya telah beraktiviti sehingga melahirkan berbagai kemajuan
kebendaan yang amat mengkagumkan
yang sekaligus membawa berbagai kebencanaan kemanusiaan yang amat besar.
Seterusnya, golongan dari tamadun jenis inilah yang telah melancarkan gerakan
penjajahan ke kawasan lain yang termasuk di dalamnya Tanah Melayu.
Cabaran yang
dihadapi dalam Sekularisme
Cabaran sekularisme
terhadap pendidikan ialah ilmu yang hanya berteraskan kepada akal manusia tanpa
berkait dengan sumber utama iaitu Al-Quran dan sunnah, pengabaian ilmu agama dapat dilihat melalui tindaakan mengagungkan saintis-saintis Barat. Sebagai contoh, peristiwa misteri MH370 tidak
dapat dibongkkar dengan akal logik dan teknologi canggih. Pada zaman
metropolitan ini, hanya Allah sahaja yang tahu tentang misteri itu. Contoh yang
lain ialah, ibu bapa hanya mengajar anak untuk cemerlang dalam pelajaran dan
tidak memberikan ilmu agama kepada anak-anak.
Di samping kelemahan sistem
pendidikan, masyarakat turut disogok dengan budaya Barat melalui media cetak
dan elektronik. Majalah-majalah dan akhbar yang tidak membina
terus membanjiri kedai buku. Rancangan-rancangan
televisyen turut memaparkan
nilai atau
pandangan hidup yang negatif. Sebagai
contohnya, iaitu cerita yang berunsurkan
seks ditayangkan di panggung wayang. Seterusnya adegan bercumbu dan berpelukan tidak
ditapis oleh pihak media
massa. Dalam suasana yang sedemikian, ini adalah tidak mustahil bahawa nilai dan kefahaman Islam
terus dicabar.
Malahan,
cabaran sekularisme juga dapat dilihat melalui pentadbiran
dan undang-undang. Pengamalan sistem demokrasi yang berteraskan kepada pilihan
dan kebebasan rakyat tanpa berpandu kepada Al-Quran dan sunnah dan pengamalan
undang-undang Barat. Negara
yang demokrasi adalah sesebuah bentuk pemerintahan
yang semua warganegara memiliki hak setara dalam kebebasan mengundi pemimpin negara
yang dapat mempengaruhi kehidupan
masa depan mereka Hal sebegini akan menimbulkan
ketidaksefahaman antara kaum seterusnya akan menyebabkan masyarakat berpecah
belah.Demokrasi juga boleh menimbulkan suasana yang kacau bilau dan menjejaskan kesejahteraan sesebuah negara.
Tambahan
lagi , cabaran sekularisme yang dibawa terhadap masyarakat Malaysia adalah
secara aspek ekonomi. Sistem monopoli yang dilakukan oleh penjajah British
disebabkan kekayaan dengan sumber alam. Mereka memikirkan pelbagai strategi
untuk melemahkan persepaduan antara mastarakat Malaysia yang berbilang kaum.
Kaum yang berbeza dengan bahasa komunikasi serta kawasan persekitaran yang
diagihkan ke tempat yang berlainan adalah sukar membina semangat kerjasama
antara kaum pada zaman dahulu.
Walau
bagaimanapun, cabaran sekularisme
terhadap sosial adalah patu
dititkberatkan. Ini kerana budaya kini terlalu
berlandaskan kepada konsep kebebasan. Buktinya, pada zaman ini terdapat
banyak kes remaja yang berkaitan dengan terlanjur sebelum kahwin, pembuangan bayi, homoseksual
dibenarkan. Perkara-perkara seperti ini yang akan menjatuhkan imej masyarakat.
Remaja yang sepatutnya menjana aset negara dan
pemangkin kepada Wawasan 2020 telah menjadi kutu
sosial. Hal ini akan menyebabkan
negara kita dipandang serong oleh negara-negara lain.
Kesan-kesan yang
berlaku apabila wujudnya sekularisme
Antara kesan yang berlaku
di dunia Islam , ada juga hal yang telah diserap ke Malaysia. Sekularisme yang ditular masuk ke negara Malaysia
memang membawa impak terhadap pembangunan sesebuah negara dan mempengaruhi
keharmonian negara.
Dalam
aspek pemikiran, ia melemahkan keimanan dan
menggoyangkan akidah serta keyakinan terhadap kekuasaan Allah. Amalan yang patut diamalkan oleh setiap umat Islam
kini semakin rapuh kerana terpengaruhi oleh konsep negara Barat. Terdapat
banyak masalah yang dipertimbangkan oleh masyarakat Islam sehingga semakin
banyak berlaku pergaulan bebas sebelum berkahwin. Perkara sebegini meningkatkan
peratusan kes sosial dalam negara Malaysia.
Antara perubahan perwatakan dari segi
berfikir, bertindak, gaya hidup. Pengasingan diri dari kepentingan beragama menyebabkan
kekosongan di dalam diri dan jiwa dan kelahiran pembangunan yang tidak
seimbang. Kesan utama bagi sosial ialah keruntuhan moral dan akhlak berleluasa
serta gejala-gejala seperti dadah, arak, aids, lesbian, dan homoseksual semakin berleluasa peningkatannya.
Aktiviti-aktiviti sosial kini telah dikelaskan kepada aktiviti agama dan
aktiviti bukan agama. Begitu juga dalam aspek pakaian dan pergaulan, dalam
majlis ceramah agama, Musabaqah Tilawah Al Quran dan sebagainya kita dapati
cukup Islamik, tetapi dalam konsert hiburan dan Pesta Flora umpamanya, langsung
tidak relevan dengan aspek keagamaan. Islam sekarang bagaikan tidak wujud dalam
konteks tersebut, ataupun muncul dalam bentuk serpihan elemen yang kecil sahaja
seperti pembacaan doa dan sebagainya mahal menjadikan pembacaan doa itu sebagai
adat .Pergaulan bebas sudah menjadi normal yang tidak lagi salah, berpasangan
sudah merupakan tuntutan semasa, malah berpelukan juga sudah menjadi lumrah
pandangan kita di mana-mana. Gambaran perbuatan mereka ini menunjukkan bentuk
pemikiran mereka yang kian dipisahkan daripada aspek keislaman.
Di
samping itu dari aspek bidang politik, kesan aliran politik Barat tertanam di dalam jiwa
umat di Islam seperti fahaman kapitalisme, sosialisme, nasionalisme dan lain-lain.
Antara kaedah memisahkan aspek politik daripada tugas ulama’ ataupun menjauhkan
politik daripada masjid menjelaskan lagi pemikiran umat Islam hari ini betapa
sekularisme terlalu kuat menarik pemikiran mereka. Pengasingan ulama’ di masjid
dan ahli politik di parlimen dengan jelas mendokong ideologi sekularisme dan
menolak fahaman Islam
yang meletakkan Islam sebagai cara hidup yang merangkumi keseluruhan aspek
kehidupan termasuklah politik, ekonomi dan sosial. Malah Rasulullah dahulu
menjadikan masjid sebagai pusat keseluruhan aktiviti, menunjukkan integriti
agama dengan kehidupan seluruhnya.
Terdapat
dua bentuk sistem ekonomi iaitu sistem ekonomi kapitalis dan sosialis yang
bertujuankan kekayaan dan material semata-mata tanpa memikirkan halal, haram,
keadilan sosial, perkhidmatan serta kebajikan masyarakat dan hal-hal yang
melanggar agama. Negara kita sebenarnya sudah jauh melangkah ke hadapan
berbanding negara-negara lain di dunia apabila sistem perbankan Islam kita
menjadi contoh bagi seluruh sistem perbankan Islam di dunia. Namun begitu,
elemen sekular yang memisahkan keduanya ataupun sifat dualisme masih wujud
apabila sistem perbankan yang berteraskan riba juga masih terus digunakan.
Apatah lagi penubuhan Bank Islam dan produk-produk Islam tidak digunakan oleh
kerajaan pun, semata-mata disediakan tetapi tidak dimanfaatkan.Oleh hal yang
kemudian, sistem Islam telah wujud tetapi ideologi sekularisme masih lagi
berleluasa sehingga tidak lagi mengambil konsep Islam untuk melaksanakan dalam
ekonomi negara. Sebagai contoh, dalam aspek pelaburan dan perniagaan, arak dan
judi masih terus dibiarkan dan diluluskan permitnya dan diluluskan sendiri oleh
orang Islam.
Langkah penyelesaian
Menjadi
kelaziman, setiap masalah yang dihadapi daripada sekecil kecil perkara
sehinggakan sebesar besar perkara akan disertakan langkah dan cara penyelesaian
bagi permasalahan tersebut. Dalam menghadapi masalah penularan sekularisme ini
masyarakat perlulah mengambil berat setiap tindak tanduk perlakuan bagi
memastikan budaya sekularisme ini tidak terus berkembang dalam masyarakat,
terutamanya dalam masyarakat malaysia.
Dalam
kehidupan beragama, setiap permasalahan akan terus dirujuk kepada ilmuan. Golongan yang mempunyai ilmu pengetahuan
haruslah
menganjurkan
aktiviti-aktiviti jadual
pengajian agama dan menyebarkan
maklumat yang bernas terhadap setiap masyarakat yang menganuti
dalam pelbagai langkah
contohnya penulisan ilmiah, ceramah, katalog dan ilmu
serta prinsip-prinsip
agama agar mereka tidak
senang dipengaruhi dan terjebak ke perkara yang
bertentangan dengan agama yang diamalkan. Adalah menjadi sebuah tanggungjawab kepada penganut Islam untuk
memelihara dan mempertahankan
ketulenan agama yang
dianuti.
Bagi agama Islam, penganut
akan terus merujuk kepada ulama’ yang telah diberi tanggungjawab untuk membantu
menyelesaikan permasalahan yang timbul. Oleh itu, setiap golongan Islam yang berkemanpuan wajib menghidupkan sunnah dalam kehidupan dan menzahirkan
keunggulan Islam , berpadu menolak dan mengkritik para intelektual sekular agar
fahaman mereka tidak menular dalam fikiran umat Islam dan membuktikan bahawa
celupan Islam ini juga mampu maju seperti bangsa lain walaupun tidak mengikut
telunjuk sekular. Hal ini juga telah dibuktikan dengan peluasan empayar islam
satu ketika dahulu, tanpa sebarang kepentingan seperti yang dibawa budaya
sekularisme.
Masyarakat
Malaysia khususnya umat Islam mestilah meninggalkan sikap mengagung-agungkan
ketamadunan barat yang kononnya membawa kemajuan dan kemodenan. Sebenarnya ia
semata-mata untuk mengaburi masyarakat. Sebaliknya masyarakat mestilah
menyanjungi kegemilangan tamadun sebelumnya serta mencuba sedaya upaya, dan
berkorban agar dapat mengembalikan kegemilangan sesuatu masyarakat.
Pihak
berkuasa mestilah membuat operasi dan mengharamkan segala media yang boleh
merosakkan nilai murni yang ada dalam masyarakat Malaysia dengan menukarkan
kepada alternatif yang bermanfaat agar dapat mendidik dan melahirkan masyarakat
yang berpekerti mulia, bertamadun tinggi dan berilmu. Pihak berkuasa juga perlu
membuka minda masyarakat agar dapat membawa negara menjadi maju berdasarkan
nilai moraliti yang telah diterapkan dalam diri setiap masyarakat.
Kesimpulannya
Berdasarkan
penerangan yang disenaraikan, diharapkan agar dapat menjelaskan
tentang bahayanya penularan sekularisme dalam masyarakat malaysia khususnya
bagi masyarakat yang beragama Islam. Masyarakat juga mampu mengetahui
tentang strategi yang akan
digunakan oleh penjajah asing untuk
menhancurkan umat Islam. Dan bagaimana mereka ‘menakluk’ sesebuah masyarakat
dengan fahaman yang disebarkan.
Cuba mengubah bumi Malaysia agar tidak mengulangi semula sejarah
Turki pada pemerintahan Kamal Atatuk suatu ketika dahulu
yang kata ingin membawa
peningkatan kepada negara, dan akhirnya negara itu terjatuh ke tangan orang Barat dan dikuasai oleh kuasa Barat yang
besar. Sebenarnya Islam adalah teladan yang harus dipelajari kerana mereka mempunyai
semangat juang yang ingin memajukan sesebuah negara berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Untuk mencapai negara
yang maju dan sejahtera, masyarakat tidah seharusnya terus menerima fahaman dan
yang dibawa terus dari barat, sebaliknya masyarakat perlulah menkaji dahulu
baik dan buruk sesuatu perkara sebelum mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Hal ini kerana, masyarakat barat hanyalah membuat sesuatu perkara berteraskan
keseronokan dan kesenangan semata mata, dan masyarakat juga sedia maklum bahawa
keseronokan dan kesenangan tanpa batasan akan menimbulkan banyak permasalahan
dalam jangka masa yang panjang. Diharapkan, tindakan-tindakan yang berkesan diambil untuk
melahirkan kesan yang baik kepada
masyarakat Malaysia berbilang kaum.
RUJUKAN
Holyoake,
George Jacob. 1871. The Principles of
Secularism Ilustrated. London:
Moshe Yegar, Islam and Islamic Institutions in British Malaya, Jerusalem, 1979,
him 187- 234.