Monday, 19 October 2015

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) - penularan Sekularisme

Pengenalan

Kelahiran fahaman tentang sekularisme telah mendahului fahaman konsep demokrasi dan juga existesialism (wujudiah) dan boleh dikatakan mengiringi pertumbuhan kapitalisme dalam masyarakat. Sekularisme diambil daripada perkataan sekular (dunia) yang memberi makna suatu sistem, prinsip-prinsip dan penerapan-penerapan yang menolak segala bentuk keimanan dan ibadat keagamaan.

Menurut Kamus New World oleh Webster, sekularisme bermaksud semangat keduniaan atau semangat keduniaan. Secara langsung, adalah sama seperti suatu sistem daripada prinsip dan praktik yang menolak apa-apa bentuk iman dan ibadah. Manakala menurut Ensiklopedia Oxford, sekularisme diterjemah sebagai keduniaan atau materialis, bukannya keagamaan atau spiritual seperti pendidikan yang tidak bersifat agama, seni atau muzik tanpa agama, pemerintah tanpa agama dan sebagainya yang tidak berkait dengan keagamaan.

Berdasarkan pengertian ini, ternyata sekularisme memisahkan agama daripada negara dan membataskan ruang ingkup agama di tempat ibadah semata-mata. Pengertian sekularisme tidak pernah dikenali dalam warisan Islam. Pembahagian urusan kehidupan kepada perkara agama dan bukan agama merupakan pembahagian bukan Islam. Ini merupakan sistem yang diambil oleh Kristian Barat.

Penerapan nilai-nilai materialistik juga adalah antara cara pemimpin Barat mengekalkan kuasa mereka terhadap negara-negara Islam dan Asia [1]. Tamadun Barat yang bersifat kebendaan dan meminggirkan pembangunan aspek spitual ini telah mengundang pelbagai krisis berkaitan isu keagamaan dan masalah sosial yang sangat kritikal. Ekoran itu tidak hairanlah masyarakat Islam dan Asia dilanda masalah tentang budaya kebendaan Barat.

Sekularisme misalnya, manusia yang menganut fahaman ini berusaha menikmati kehidupan dan kemajuan tanpa campur tangan Tuhan bahkan menganggap Tuhan tidak diperlukan dalam kehidupan. Fahaman sekularisme menganggap agama sebagai sesuatu yang asing dan Tuhan dilihat sebagai penghalang. Manakala autonomi manusia diberi keutamaan bahkan menganggap segala permasalahan manusia dapat diatasi dengan ilmu pengetahuan dan teknologi[2].

Tun Salleh Abas telah menyebut bahawa Islam telah rnenjadi agama orang-orang Melayu sejak 500 tahun dahulu. Pada awalnya Islam dibawa oleh pedagang-pedagang Arab ke India dan dan India Islam telah disebarkan ke Tanah Melayu pada abad ke-15.[3] Sejak dan itu orang-orang Melayu telah diislamkan. Orang-orang Melayu telah berjuang dalam banyak peperangan menentang kuasa-kuasa penjajah, Portugis dan Belanda deini melindungi tanah air mereka di samping mempertahankan agama Islam. Manakala kuasa-kuasa penjajah tersebut selain ingin mengukuhkan kedudukan perdagangan mereka, cita-cita utama mereka ialah untuk menyebarkan agama Kristian di kalangan orang-orang Melayu.

Era penjajahan membawa bersamanya sekularisme disertai dengan imperialisme dan kebudayaan Barat. Proses sekularisme di Tanah Melayu di Tanah Melayu bermula pada tahun 1824 apabila termeterainya perjanjian Inggeris-Belanda dan perjanjian Pangkor 1874 antara Inggeris dan raja-raja Melayu. Perjanjian ini telah membataskan bidang tugas raja-raja Melayu yang hanya bertanggungjawab dalam urusan keagamaan dan adat istiadat Melayu manakala hal-hal berkaitan dengan pentadbiran, cukai, keselamatan dan keamanan negara diletakkan di bawah bidang kuasa asing.

Antara tahun 1876 hingga tahun 1957, pelbagai sistem sekular diperkenalkan di Tanah Melayu merangkumi bidang undang-undang dan pendidikan. Perundangan Islam lama-kelamaan dipinggirkan dan digantikan oleh perundangan British. Kemerdekaan Tanah Melayu pada tanggal 31 Ogos 1957 sekadar menyaksikan kemerdekaan negara dari segi nama sedangkan kesan yang ditinggalkan oleh penjajah dari segi aspek jasmani, mental dan spitual rakyat sukar dilupai.

Dampak dunia Barat moden terhadap masyarakat Islam dan Asia yang sangat mendalam sehingga menghilangkan identiti orang Islam atau Asia pada peringkat individu atau jati diri tamadun dan budaya pada peringkat kolektif. Suasana dnia kini menunjukkan pendominasian yang hampir secara total oleh Barat ke atas negara-negara yang sedang membangun atau kurang canggih. Akibatnya suasana dunia akan terus dimanipulasikan oleh kehendak negera-negara Barat yang utama [4].

Definisi Sekularisme

         Apakah yang Sekularisme? Ia diterima secara meluas bahawa sekularisme menyokong pemisahan politik daripada agama. Ia mengikuti bahawa teori yang mencukupi sekularisme mesti menjawab sekurang-kurangnya tiga soalan: Pertama, adakah mungkin untuk memisahkan agama dan politik? Kedua, mengapa perlu agama dipisahkan daripada politik? [5]

Apa membenarkan pemisahan agama dan politik. Ketiga, bagaimana, selepas pemisahan, mesti kedua-dua berkaitan dengan setiap yang lain? Apakah jenis pemisahan ia mesti? Struktur konsep teori yang dibina sekitar jawapan kepada soalan-soalan ini dan oleh itu berdiri atau jatuh dengannya.Soalan pertama yang boleh dengan cepat dilupuskan. Saya bersetuju bahawa dalam budaya sub-benua, adalah sukar untuk menguraikan agama dari bukan agama dan, dengan itu, boleh dikatakan mustahil untuk ketat memisahkan setiap agama dari setiap amalan bukan agama.

Jika sekularisme bermaksud pemisahan am 3 amalan agama dan bukan agama, maka, sekurang-kurangnya di India, ia akan menjadi tidak starter-politik. Tetapi daripada menyokong tesis tidak dapat dipertahankan dari pemisahan semua amalan agama dan bukan agama, ia tidak mustahil untuk berhujah bukan untuk pemisahan beberapa institusi agama dan bukan agama. Sebagai contoh, permintaan yang kawasan pilihan raya tidak dikelaskan bersama-sama alasan agama tidak melibatkan setiap kepercayaan agama tunggal yang akan dikeluarkan daripada amalan politik.Holyoake, George Jacob. 1871. [6]

(Secularism is a series of principles intended for the guidance of those who find Thelogy indefinite, or inadequate, or deem unreliable). Sekularisme adalah sebuah prinsip bimbangan bagi seseorang yang menemukan definisi Teologi yang tidak pasti, atau tidak memadai,atau dianggap tidak dipercayai.[7]
Faktor berlakunya sekularisme dalam masyarakat Malaysia

Penularan budaya sekularisme dalam masyarakat terdapat beberapa saluran utama, iaitu melalui bidang undang-undang, pendidikan, dan media massa. Penerapan fahaman sekularisme di dalam sistem pentadbiran undang-undang Islam. Walaupun di dalam perjanjian dengan Raja-Raja Melayu pihak British menetapkan bahawa soal agama dan adat resam diserahkan kepada kuasa raja-raja Melayu, tetapi perkembangan yang berlaku adalah sebaliknya. Ini kerana mereka bukan setakat telah menyempitkan ruang lingkup undang-undang Islam dengan undang-undang Barat yang mengantikannya,[8]bahkan turut menetapkan bagaimana soal pentadbiran hal ehwal agama Islam harus dijalankan.[9] Apa yang lebih penting lagi, dengan dasar dan pemahaman sekular, pihak British telah memberikan gambaran bahawa undang-undang Islam adalah sebagai undang-undang agama yang harus dikhususkan kepada hal-hal agama sahaja, kerana ianya tidak dapat melayani keperluan semasa. Sebaliknya segala keperluan semasa yang merangkumi soal undang-undang negara dan cara pentadbirannya harus mengikut stail dan cara British.

Selain tu, pengenalan sistem pendidikan British di Tanah Melayu secara langsung telah menyebabkan sistem pengajian Pondok merosot.[10] Ini kerana kebanyakan ibubapa Melayu telah bertindak menghantar anak-anak mereka ke sekolah Inggeris dan bukannya ke sekolah Pondok, dengan harapan agar anak-anak mereka akan diterima masuk ke dalam jentera perkhidmatan British (Malay Administrative Service). Lagipun, kelulusan dan surat akuan lepasan pondok tidak diterima oleh pihak British untuk melayakkan mereka menceburi perkhidmatan ini.[11] Oleh sebab itu, perkembangan ini menyebabkan dulunya masyarakat Melayu yang dapat berpeluang mempelajari Islam, tetapi dengan dasar British ini menyebabkan mereka lebih menumpukan perhatian kepada pendidikan British yang kononnya lebih mempunyai ‘commercial value’. Kebanyakan ibubapa sendiri telah dilanda krisis buta dan jahil agama. Fenomena kejahilan terhadap agama ini menyebabkan segelintir ibubapa telah hilang petunjuk, meskipun mereka terpelajar dan berjawatan tinggi, lalu tidak hairan atas alasan "sporting" ada sesetengah ibubapa sanggup membiarkan krisis moral ini terus berlaku di kalangan anak remaja mereka.

Tambahan pula, penularan budaya sekularisme melalui media massa. Persekitaran yang dialami oleh remaja yang begitu mencabar dan penuh dengan kefasikan, lebih-lebih lagi yang membabitkan media massa dan industri hiburan popular. Justeru itu dapat dilihat wujudnya dualisme dari segi nilainilai hidup di dalam masyarakat Malaysia iaitu pertentangan di antara nilai-nilai baik yang diajar di sekolah dengan nilai-nilai sekular dan budaya hawa nafsu (sensate cul ture)[12] yang berkembang pesat di dalam masyarakat melalui media massa. Akibatnya golongan remaja yang belum mempunyai kematangan berfikir akan bertindak untuk menerima pakai segala nilai-nilai sekular ini kerana ianya ternyata lebih sesuai dengan hawa nafsu manusia. Cara yang terbaik untuk menangani masalah ini adalah pihak kerajaan patut memberikan penekanan yang cukup hebat kepada semua jenis media massa agar selain dari mementingkan nilai-nilai komersial, soal-soal menanamkan nilai-nilai murni berteraskan fahaman keagamaan di dalam masyarakat patut turut sama ditekankan.

Di samping itu, kebudayaan Barat yang dibawa masuk adalah secara langsung terpengaruh dengan fahaman sekularisme yang mementingkan aspek-aspek materialistik semata-mata.[13] Tamadun Barat pada dasamya adalah tamadun yang mendakyahkan bahawa manusia boleh mencapai kemajuan di dalam kehidupan melalui penggunaan akal fikiran manusia semata-mata tanpa dicampuri oleh kuasa ketuhanan.[14] Hal ini dijelaskan oleh Arnold Toynbee dengan katanya: ‘Peradaban sekular Barat sesudah masihi (post-Criastian) dapat dipandang sebagai ulangan yang paling baik daripada peradaban Yunani-Rumawi sebelum masihi, tetapi juga merupakan kemunduran kerohanian yang paling jelek'[15] Begitu juga asas utama kepada tamadun kemajuan Barat iaitu sains dan teknologi telah berlangsung dalam keadaan penentangan dan penolakan terhadap agama dan tuhan.[16] Jadi, di atas landasan hidup yang bersifat materialistik ini masyarakat Barat dalam zaman modennya telah beraktiviti sehingga melahirkan berbagai kemajuan kebendaan yang amat mengkagumkan[17] yang sekaligus membawa berbagai kebencanaan kemanusiaan yang amat besar.[18] Seterusnya, golongan dari tamadun jenis inilah yang telah melancarkan gerakan penjajahan ke kawasan lain yang termasuk di dalamnya Tanah Melayu.

 Cabaran yang dihadapi dalam Sekularisme 

Cabaran sekularisme terhadap pendidikan ialah ilmu yang hanya berteraskan kepada akal manusia tanpa berkait dengan sumber utama iaitu Al-Quran dan sunnah, pengabaian ilmu agama dapat dilihat melalui tindaakan mengagungkan saintis-saintis Barat.  Sebagai contoh, peristiwa misteri MH370 tidak dapat dibongkkar dengan akal logik dan teknologi canggih. Pada zaman metropolitan ini, hanya Allah sahaja yang tahu tentang misteri itu. Contoh yang lain ialah, ibu bapa hanya mengajar anak untuk cemerlang dalam pelajaran dan tidak memberikan ilmu agama kepada anak-anak.[19]

Di samping kelemahan sistem pendidikan, masyarakat turut disogok dengan budaya Barat melalui media cetak dan elektronik. Majalah-majalah dan akhbar yang tidak membina terus membanjiri kedai buku. Rancangan-rancangan televisyen turut memaparkan nilai atau pandangan hidup yang negatif. Sebagai contohnya, iaitu cerita yang berunsurkan seks ditayangkan di panggung wayang. Seterusnya adegan bercumbu dan berpelukan tidak ditapis oleh pihak media massa. Dalam suasana yang sedemikian, ini adalah tidak mustahil bahawa nilai dan kefahaman Islam terus dicabar. [20]

Malahan, cabaran sekularisme juga dapat dilihat melalui pentadbiran dan undang-undang. Pengamalan sistem demokrasi yang berteraskan kepada pilihan dan kebebasan rakyat tanpa berpandu kepada Al-Quran dan sunnah dan pengamalan undang-undang Barat. Negara yang demokrasi adalah sesebuah bentuk pemerintahan yang semua warganegara memiliki hak setara dalam kebebasan mengundi pemimpin negara yang dapat mempengaruhi kehidupan masa depan mereka Hal sebegini akan menimbulkan ketidaksefahaman antara kaum seterusnya akan menyebabkan masyarakat berpecah belah.Demokrasi juga boleh menimbulkan suasana yang kacau bilau dan menjejaskan kesejahteraan sesebuah negara.[21]

Tambahan lagi , cabaran sekularisme yang dibawa terhadap masyarakat Malaysia adalah secara aspek ekonomi. Sistem monopoli yang dilakukan oleh penjajah British disebabkan kekayaan dengan sumber alam. Mereka memikirkan pelbagai strategi untuk melemahkan persepaduan antara mastarakat Malaysia yang berbilang kaum. Kaum yang berbeza dengan bahasa komunikasi serta kawasan persekitaran yang diagihkan ke tempat yang berlainan adalah sukar membina semangat kerjasama antara kaum pada zaman dahulu.[22]

Walau bagaimanapun, cabaran sekularisme terhadap sosial adalah patu dititkberatkan. Ini kerana budaya kini terlalu berlandaskan kepada konsep kebebasan. Buktinya, pada zaman ini terdapat banyak kes remaja yang  berkaitan dengan terlanjur sebelum kahwin, pembuangan bayi, homoseksual dibenarkan. Perkara-perkara seperti ini yang akan menjatuhkan imej masyarakat. Remaja yang sepatutnya menjana aset negara dan pemangkin kepada Wawasan 2020 telah menjadi kutu sosial. Hal ini akan menyebabkan negara kita dipandang serong oleh negara-negara lain.

Kesan-kesan yang berlaku apabila wujudnya sekularisme

Antara kesan yang berlaku di dunia Islam , ada juga hal yang telah diserap ke Malaysia. Sekularisme yang ditular masuk ke negara Malaysia memang membawa impak terhadap pembangunan sesebuah negara dan mempengaruhi keharmonian negara.

Dalam aspek pemikiran, ia melemahkan keimanan dan menggoyangkan akidah serta keyakinan terhadap kekuasaan Allah. Amalan yang patut diamalkan oleh setiap umat Islam kini semakin rapuh kerana terpengaruhi oleh konsep negara Barat. Terdapat banyak masalah yang dipertimbangkan oleh masyarakat Islam sehingga semakin banyak berlaku pergaulan bebas sebelum berkahwin. Perkara sebegini meningkatkan peratusan kes sosial dalam negara Malaysia.[23]

          Antara perubahan perwatakan dari segi berfikir, bertindak, gaya hidup. Pengasingan diri dari kepentingan beragama menyebabkan kekosongan di dalam diri dan jiwa dan kelahiran pembangunan yang tidak seimbang. Kesan utama bagi sosial ialah keruntuhan moral dan akhlak berleluasa serta gejala-gejala seperti dadah, arak, aids, lesbian, dan homoseksual semakin berleluasa peningkatannya. Aktiviti-aktiviti sosial kini telah dikelaskan kepada aktiviti agama dan aktiviti bukan agama. Begitu juga dalam aspek pakaian dan pergaulan, dalam majlis ceramah agama, Musabaqah Tilawah Al Quran dan sebagainya kita dapati cukup Islamik, tetapi dalam konsert hiburan dan Pesta Flora umpamanya, langsung tidak relevan dengan aspek keagamaan. Islam sekarang bagaikan tidak wujud dalam konteks tersebut, ataupun muncul dalam bentuk serpihan elemen yang kecil sahaja seperti pembacaan doa dan sebagainya mahal menjadikan pembacaan doa itu sebagai adat .Pergaulan bebas sudah menjadi normal yang tidak lagi salah, berpasangan sudah merupakan tuntutan semasa, malah berpelukan juga sudah menjadi lumrah pandangan kita di mana-mana. Gambaran perbuatan mereka ini menunjukkan bentuk pemikiran mereka yang kian dipisahkan daripada aspek keislaman.

         Di samping itu dari aspek bidang politik, kesan aliran politik Barat tertanam di dalam jiwa umat di Islam seperti fahaman kapitalisme, sosialisme, nasionalisme dan lain-lain. Antara kaedah memisahkan aspek politik daripada tugas ulama’ ataupun menjauhkan politik daripada masjid menjelaskan lagi pemikiran umat Islam hari ini betapa sekularisme terlalu kuat menarik pemikiran mereka. Pengasingan ulama’ di masjid dan ahli politik di parlimen dengan jelas mendokong ideologi sekularisme dan menolak fahaman Islam yang meletakkan Islam sebagai cara hidup yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan termasuklah politik, ekonomi dan sosial. Malah Rasulullah dahulu menjadikan masjid sebagai pusat keseluruhan aktiviti, menunjukkan integriti agama dengan kehidupan seluruhnya.[24]


         Terdapat dua bentuk sistem ekonomi iaitu sistem ekonomi kapitalis dan sosialis yang bertujuankan kekayaan dan material semata-mata tanpa memikirkan halal, haram, keadilan sosial, perkhidmatan serta kebajikan masyarakat dan hal-hal yang melanggar agama. Negara kita sebenarnya sudah jauh melangkah ke hadapan berbanding negara-negara lain di dunia apabila sistem perbankan Islam kita menjadi contoh bagi seluruh sistem perbankan Islam di dunia. Namun begitu, elemen sekular yang memisahkan keduanya ataupun sifat dualisme masih wujud apabila sistem perbankan yang berteraskan riba juga masih terus digunakan. Apatah lagi penubuhan Bank Islam dan produk-produk Islam tidak digunakan oleh kerajaan pun, semata-mata disediakan tetapi tidak dimanfaatkan.Oleh hal yang kemudian, sistem Islam telah wujud tetapi ideologi sekularisme masih lagi berleluasa sehingga tidak lagi mengambil konsep Islam untuk melaksanakan dalam ekonomi negara. Sebagai contoh, dalam aspek pelaburan dan perniagaan, arak dan judi masih terus dibiarkan dan diluluskan permitnya dan diluluskan sendiri oleh orang Islam.[25]

 Langkah penyelesaian

         Menjadi kelaziman, setiap masalah yang dihadapi daripada sekecil kecil perkara sehinggakan sebesar besar perkara akan disertakan langkah dan cara penyelesaian bagi permasalahan tersebut. Dalam menghadapi masalah penularan sekularisme ini masyarakat perlulah mengambil berat setiap tindak tanduk perlakuan bagi memastikan budaya sekularisme ini tidak terus berkembang dalam masyarakat, terutamanya dalam masyarakat malaysia.

         Dalam kehidupan beragama, setiap permasalahan akan terus dirujuk kepada ilmuan. Golongan yang mempunyai ilmu pengetahuan haruslah menganjurkan aktiviti-aktiviti jadual pengajian agama dan menyebarkan maklumat yang bernas terhadap setiap masyarakat yang menganuti dalam pelbagai langkah contohnya penulisan ilmiah, ceramah, katalog dan ilmu serta prinsip-prinsip agama agar mereka tidak senang dipengaruhi dan terjebak ke perkara yang bertentangan dengan agama yang diamalkan. Adalah menjadi sebuah tanggungjawab kepada penganut Islam untuk memelihara dan mempertahankan
ketulenan agama yang dianuti.[26]

Bagi agama Islam, penganut akan terus merujuk kepada ulama’ yang telah diberi tanggungjawab untuk membantu menyelesaikan permasalahan yang timbul. Oleh itu, setiap golongan Islam yang berkemanpuan wajib menghidupkan sunnah dalam kehidupan dan menzahirkan keunggulan Islam , berpadu menolak dan mengkritik para intelektual sekular agar fahaman mereka tidak menular dalam fikiran umat Islam dan membuktikan bahawa celupan Islam ini juga mampu maju seperti bangsa lain walaupun tidak mengikut telunjuk sekular. Hal ini juga telah dibuktikan dengan peluasan empayar islam satu ketika dahulu, tanpa sebarang kepentingan seperti yang dibawa budaya sekularisme.

Masyarakat Malaysia khususnya umat Islam mestilah meninggalkan sikap mengagung-agungkan ketamadunan barat yang kononnya membawa kemajuan dan kemodenan. Sebenarnya ia semata-mata untuk mengaburi masyarakat. Sebaliknya masyarakat mestilah menyanjungi kegemilangan tamadun sebelumnya serta mencuba sedaya upaya, dan berkorban agar dapat mengembalikan kegemilangan sesuatu masyarakat.[27]

         Pihak berkuasa mestilah membuat operasi dan mengharamkan segala media yang boleh merosakkan nilai murni yang ada dalam masyarakat Malaysia dengan menukarkan kepada alternatif yang bermanfaat agar dapat mendidik dan melahirkan masyarakat yang berpekerti mulia, bertamadun tinggi dan berilmu. Pihak berkuasa juga perlu membuka minda masyarakat agar dapat membawa negara menjadi maju berdasarkan nilai moraliti yang telah diterapkan dalam diri setiap masyarakat.[28]

 Kesimpulannya

Berdasarkan penerangan yang disenaraikan, diharapkan agar dapat menjelaskan tentang bahayanya penularan sekularisme dalam masyarakat malaysia khususnya bagi masyarakat yang beragama Islam. Masyarakat juga mampu mengetahui tentang strategi yang akan digunakan oleh penjajah asing untuk menhancurkan umat Islam. Dan bagaimana mereka ‘menakluk’ sesebuah masyarakat dengan fahaman yang disebarkan. Cuba mengubah bumi Malaysia agar tidak mengulangi semula sejarah Turki pada pemerintahan Kamal Atatuk suatu ketika dahulu yang kata ingin membawa peningkatan kepada negara, dan akhirnya negara itu terjatuh ke tangan orang Barat dan  dikuasai oleh kuasa Barat yang besar. Sebenarnya Islam adalah teladan yang harus dipelajari kerana mereka mempunyai semangat juang yang ingin memajukan sesebuah negara berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Untuk mencapai negara yang maju dan sejahtera, masyarakat tidah seharusnya terus menerima fahaman dan yang dibawa terus dari barat, sebaliknya masyarakat perlulah menkaji dahulu baik dan buruk sesuatu perkara sebelum mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana, masyarakat barat hanyalah membuat sesuatu perkara berteraskan keseronokan dan kesenangan semata mata, dan masyarakat juga sedia maklum bahawa keseronokan dan kesenangan tanpa batasan akan menimbulkan banyak permasalahan dalam jangka masa yang panjang. Diharapkan, tindakan-tindakan yang berkesan diambil untuk melahirkan kesan yang baik kepada masyarakat Malaysia berbilang kaum.




RUJUKAN

1.     Mohd Asri Mat Daud. 2004. Pertentangan Islam dan Barat. Egypt 2004:59

2.     Pardoyo. 1993. Sekularisme dalam Polemik. Jakarta: Pustaka Utama Grafiti .1999:21-22

3.     Tun Salleh Abas 1986. "Traditional Elements of the Malaysian Constituiion dlm Mohamed Sufflan, H.P. Lee &Trindade (ed.) 1978. The Constitution of Malaysia, Its Development 1957- 1977. Kuala Lumpur: Oxford University Press

4.     Hashim Musa. 2004. Permerkasaan Tamadun Melayu Malaysia Menghadapi Globalisasi Barat. Kuala Lumpur 2004: 210

5.     The best advocates of the view are undoubtedly Mill and Kant

6.     Holyoake, George Jacob. 1871. The Principles of Secularism Ilustrated. London:
Book Store, 282.

7.     George Jacob Holyoake, Ibid, pg 11

8.     Mahmood Zuhdi Abdul Majid, "Mahkamah Syariah di Malaysia: Pentadbiran dan Fungsinya", dalam Seminar Pentadbiran Mahkamah Syariah, pada 24hb. Oktober 1992, Universiti Malaya, him 12-16.

9.     Moshe Yegar, Islam and Islamic Institutions in British Malaya, Jerusalem, 1979, him 187- 234.

10.   Wan Yahya Wan Ahmad, "The Early Development of Islamic Education in Kelantan", dalam ISLAMIKA, v. 3, Kuala Lumpur, 1985, him 222.

11.   Ibid.

12.   Mohd. Affandi Hassan, "Pengurusan, Pentadbiran dan Kepimpinan Dalam Pembinaan tamadun Manusia", dalam ISLAMIKA, v. 3, Kuala Lumpur, 1985, him 251-255.

13.   Sidi Gazalba, Modenisasi Dalam Persoalan: Bagalmana Sikap Islam, Jakarta, 1973, him 22.

14.   Maryam Jameelah, "Cam Mana Teknologi Moden Menghancurkan Hidup Manusia",let). Abd. Majid Khatib, dalam Utusan Qiblat, 60 (Mai 1975).

15.   Khurshid Ahmad, op.cit, him. 14

16.   Muhammad Qutb, Salah Faham Terhadap Islam, terj. Yusoff Zaki Yacob, Kota Bharu, 1975,him 8.

17.   Sidi Gazalba, op.cit., him 23.

18.   Maryam Jameelah, op.cit.

19.   John L. Esposito , Ancaman Islam: Mitos atau Realiti?, pg 105-106

20.   Edward W. Said,Budaya dan Imperialisme, pg 395

21.   Afifah Abu Yazid , Pengajian tamadun Islam, pg 77

22.   Samuel P. Huntitngton, Siapa kita? Cabaran kepada identiti nasional Amerika ,24 Jan 2012, Pg 361-362

23.   Abdul Rahman Haji Abdullah, Pemikiran Islam di Malaysia: sejarah dan aliran pg 287-289

24.   Shaharom TM Sulaiman, Terorisme global dan pengganas agama: cabaran hidup beragama pada alaf baru ..., pg 102-106

25.   Ismail R. Al-Faruqi, Islam dan Kepercayaan Lain, pg 347

26.   Budhy Munawar-Rachman, Moh Shofan, Argumen Islam untuk sekularisme, pg 120-124

27.   Endang Turmud, Perselingkuhan kiai dan kekuasaan, pg 8-12

28.   Abdul Latiff Abu Bakar, Warisan dunia Melayu: teras peradaban Malaysia, pg 26





[1] Mohd Asri Mat Daud. 2004. Pertentangan Islam dan Barat. Egypt 2004:59
[2] Pardoyo. 1993. Sekularisme dalam Polemik. Jakarta: Pustaka Utama Grafiti .1999:21-22
[3] Tun Salleh Abas 1986. "Traditional Elements of the Malaysian Constituiion dlm Mohamed Sufflan, H.P. Lee &Trindade (ed.) 1978. The Constitution of Malaysia, Its Development 1957- 1977. Kuala Lumpur: Oxford University Press
[4] Hashim Musa. 2004. Permerkasaan Tamadun Melayu Malaysia Menghadapi Globalisasi Barat. Kuala Lumpur 2004: 210
[5] The best advocates of the view are undoubtedly Mill and Kant
[6] Holyoake, George Jacob. 1871. The Principles of Secularism Ilustrated. London:
Book Store, 282.
[7]  George Jacob Holyoake, Ibid, pg 11
[8] Mahmood Zuhdi Abdul Majid, "Mahkamah Syariah di Malaysia: Pentadbiran dan Fungsinya", dalam Seminar Pentadbiran Mahkamah Syariah, pada 24hb. Oktober 1992, Universiti Malaya, him 12-16.
[9] Moshe Yegar, Islam and Islamic Institutions in British Malaya, Jerusalem, 1979, him 187- 234.
[10] Wan Yahya Wan Ahmad, "The Early Development of Islamic Education in Kelantan", dalam
ISLAMIKA, v. 3, Kuala Lumpur, 1985, him 222.
[11] Ibid.
[12] Mohd. Affandi Hassan, "Pengurusan, Pentadbiran dan Kepimpinan Dalam Pembinaan tamadun Manusia", dalam ISLAMIKA, v. 3, Kuala Lumpur, 1985, him 251-255.
[13] Sidi Gazalba, Modenisasi Dalam Persoalan: Bagalmana Sikap Islam, Jakarta, 1973, him 22.
[14] Maryam Jameelah, "Cam Mana Teknologi Moden Menghancurkan Hidup Manusia",let).
Abd. Majid Khatib, dalam Utusan Qiblat, 60 (Mai 1975).
[15] Khurshid Ahmad, op.cit, him. 14
[16] Muhammad Qutb, Salah Faham Terhadap Islam, terj. Yusoff Zaki Yacob, Kota Bharu, 1975,him 8.
[17] Sidi Gazalba, op.cit., him 23.
[18] Maryam Jameelah, op.cit.
[19] John L. Esposito , Ancaman Islam: Mitos atau Realiti?, pg 105-106
[20] Edward W. Said,Budaya dan Imperialisme, pg 395
[21] Afifah Abu Yazid , Pengajian tamadun Islam, pg 77
[22] Samuel P. Huntitngton, Siapa kita? Cabaran kepada identiti nasional Amerika ,24 Jan 2012, Pg 361-362
[23] Abdul Rahman Haji Abdullah, Pemikiran Islam di Malaysia: sejarah dan aliran pg 287-289
[24] Shaharom TM Sulaiman, Terorisme global dan pengganas agama: cabaran hidup beragama pada alaf baru ..., pg 102-106
[25] Ismail R. Al-Faruqi, Islam dan Kepercayaan Lain, pg 347
[26] Budhy Munawar-Rachman, Moh Shofan, Argumen Islam untuk sekularisme, pg 120-124
[27] Endang Turmud, Perselingkuhan kiai dan kekuasaan, pg 8-12
[28] Abdul Latiff Abu Bakar, Warisan dunia Melayu: teras peradaban Malaysia, pg 26

1 comment: